top of page

Pengiraan merupakan suatu kemahiran penting bagi seseorang pelajar tanpa mengira bidang lapangan yang diceburi. Kebiasaanya, sesuatu pengiraan dilakukan dengan menggunakan kalkulator saintifik 570 kerana pelajar hanya dibenarkan membawa kalkulator dari model ini sewaktu berada di dewan perperiksaan mahupun dalam proses pembelajaran. Pada kebiasaannya, rata-rata pelajar akan terus menyalin jawapan yang terpapar pada skrin kalkulator ke atas kertas jawapan biarpun nilai yang tertera itu salah. Seterusnya, permasalahan ini akan memberi kesan terhadap peratus pencapaian pelajar bagi sesuatu kursus.Atas senario ini, maka suatu inovasi Kit Kalkulator Mudah Alih (M-CalKit) telah dibangunkan dan berfungsi sebagai rujukan asas kepada para pelajar tentang pendekatan yang betul dalam penggunaan kalkulator saintifik. 

bottom of page